Ini formula yang digunakan oleh Rory Miller.
Teknik headline (baca: hook) dia agak unik.

Kebiasaannya headline yang ramai orang gunakan adalah seperti:

Ada masalah urus duit?
Kolestrol makin tinggi?
Anak cakap bahasa alien?

Rory guna gaya tersendiri.

Headline yang digunakan oleh Rory adalah headline yang membuatkan orang yang terdengar rasa nak dengar.

Bayangkan anda sedang berjalan-jalan.
Kemudian anda nampak ada orang berkumpul.
Anda pun pergi dekat nak tengok apa yang menarik.

Kemudian anda dengar orang yang bercakap itu mengeluarkan perkataan yang menarik.

"Eh macam best..."

Dapat gambaran?

Rory bagi contoh.

"Hey Moms - tired of your baby making messes all the time?"

Ini tipikal. Tak cukup untuk menarik orang.

Rory tukar kepada...

💡
How Moms are solving their endless messes for good, and in less time than ever

Ala macam headline yang anda sering klik di FB.
Biasanya digunakan oleh website berita atau media.

Apa Beza Headline Rory vs Yang Biasa?

Kebiasaannya kita diajar headline bersifat penapis atau pemanggil.
Maksudnya headline = tarik audience yang relevan.

Contohnya kalau headline saya...

"PERHATIAN MARKETER YANG TENGAH STUCK.."

Copywriting ini target marketer.
Dan kita harap marketer yang baca akan berhenti scroll.

Teknik Rory pula memanggil target kumpulan secara indirect
DAN
menyebabkan pembaca itu mahu engage (ini yang mahal🏆)

Macam Mana Nak Buat Headline Macam Rory?

Saya dah bagi hint tadi di atas.
Tengok website yang viral.
Tengok headline mereka dan test.

Kata Rory, ada 7 elemen yang dia akan usahakan untuk masukkan:

  1. Problem
  2. Pain
  3. Benefit
  4. Outcome
  5. Challenge
  6. Mechanism
  7. Identity

Jadi sekarang masa untuk anda cuba :)

By the way, anda kena baca formula 5 Sekawan kalau anda sudah sampai ini.
(ini formula padu dari otai yang sudah buat 7-9 angka)