Suatu hari saya termenung panjang.
Kempen iklan tak menjadi. Walaupun sudah buat macam-macam.

Jualan tak naik-naik.
Bahkan semakin berkurang.

Bila stuck begini, saya mula cari balik nota-nota lama.
Tengok balik courses yang pernah beli dulu.
Cari balik buku-buku yang pernah baca - tengok highlighted notes.

Kemudian saya buat nota baru, cuba formulate balik dan betulkan apa yang silap.

Alhamdulillah menjadi.

Pusingan ini (cycle) kerap kali berlaku.
Dan saya rasa anda juga biasa alami masalah ini.

Maka saya terfikir ada tak cara untuk saya speed-up proses ini.

Cari nota > Buat nota baru > Implement

Dalam proses ini,
proses mencari nota akan makan masa.
Sebab saya kena cari balik dalam google drive, website membership, youtube videos dan macam-macam lagi.

Itu belum lagi nak tonton dan buat catatan baru.
Catatan baru pula save di merata-rata tempat sebab nak cepat.😂

Jadi untuk keluar dari rat-race ini,
saya nak kumpulkan setiap nota-nota dan apa yang saya belajar di satu tempat sahaja.

Dan nota-nota ini saya nak kongsi dengan siapa yang betul-betul berminat.

Apa Ada Dalam Projek M.arketing

Technically, semua tentang marketing.
Anda klik sahaja home dan boleh tengok senarai nota-nota yang sudah siap.

Saya sudah susun ikut turutan sekiranya perlu.
Tapi anda tak perlu ikut satu persatu.

Anda boleh desain sendiri nak belajar topik apa.

Kalau anda masih clueless, saya ada letakkan panduan nak belajar apa dahulu.

Kelebihan nota-nota ini adalah saya akan tambah setiap hari.
Kalau tak sempat, saya akan tambah setiap minggu.

Jadi dalam masa beberapa bulan saja lagi, anda akan tengok nota-nota ini semakin membesar.

Apa Beza Projek M.arketing Ini Dengan Yang Lain

Saya tidak tahu sangat tentang orang lain.
Cuma dalam Projek.M ini, fokus saya adalah kepada

ACTIONABLE ITEMS

dan

REAL INSIGHT, REAL CASE STUDIES

Saya nak rekodkan apa yang sudah diuji cuba.
Bukan sekadar teori.

Sasarannya, bila anda baca, anda terus boleh execute!

Berapa Yuran Projek M.arketing

Berapa harga secawan kopi di Starbucks?
RM 20?

Atau anda suka versi customized. Sekali minum RM50.

Ada 2 tier untuk Projek M.arketing:
1. Basic
2. Full Access

Basic = hanya dapat akses beberapa nota yang berstatus public.

Full Access = akses semua konten. no limit. 24/7. 365 days.

Kalau anda sanggup untuk invest pada diri anda hanya RM1 sehari, maka anda boleh sertai Projek.M😊