Ini juga merupakan salah seorang legend dalam copywriting.
Dia terkenal dengan pendekatan testing and testing.
10 kunci utama dalam copywriting teknik John Caple adalah...
1. Headline is King
John percaya elemen yang paling penting adalah headline. Kalau headline tak betul, orang tak baca iklan. Untuk mendapatkan headline yang betul-betul mengena, TEST!
2. Test Everything
Setiap kali iklan ingin dilancarkan, John akan test headline, offers, layout dan medium. Dia akan cuba kenal pasti mana satu yang paling menjadi. Hasil dari keputusan itu akan digunakan untuk pelancaran besar-besaran.
3. Be Clear Over Clever
Ini kesilapan ramai copywriter terutamanya kalau anda adalah owner produk tersebut. Anda cenderung menggunakan jargon atau bahasa alien yang anda seorang saja mengerti
4. Appeal to Self Interest
Sama macam Gary Halbert, soalan yang anda perlu tanya masa buat iklan adalah apa yang audien mahu. "What's in it for me". Kalau copy anda menjawab soalan ini, audien akan baca.
5. Use Specifics
John sangat menekankan spesifik. Jangan guna "ramai orang", sebaliknya terjemahkan dalam bentuk angka. Contoh 17,812 orang telah...
6. Create Urgency
Elemen evergreen yang sampai ke sudah akan menjadi. Asalkan digunakan kena pada waktunya.
7. Short Sentences & Simple Words
Lebih kurang macam point no 3. Bahasa yang mudah dapat difahami lebih ramai orang. Bahasa teknikal yang difahami orang teknikal.
8. Storytelling Engages
Sebenarnya semua copywriter yang terbaik adalah storyteller yang terbaik. Mereka tahu pengguna cerita paling senang memukau emosi pengguna.
9. Elak Perkataan Negatif
John tidak menggalakan perkataan negatif seperti "jangan", "tidak boleh", "tidak akan". John cenderung menggunakan bahasa positif dalam copy-nya/
10. Faham Ilmu Psikologi
Ambil masa untuk belajar psikologi manusia. Dalam bukunya, Tested Advertising Method, John ada kupas pasal psikologi manusia. Nanti saya cerita topik ini.