Hook adalah cangkuk.
Apabila tercangkuk, ikan dapat dipancing.
Dalam dunia advertising, bukan ikan yang kita pancing.
Tapi target audien.
Apabila hook itu kena tepat pada target audien, mereka terasa.
Ibarat kita berkata, “eh…gemuknya kau”.
Orang yang lebih berat badan akan terasa.
Orang yang kurus keding tak kisah.
Semasa saya di Indonesia beberapa tahun lalu,
ada seorang jaguh jualan online.
Namanya Dewa Eka Prayoga.
Dia ini juara affiliate.
Boleh dikatakan apa jua cabaran affiliate yang dia masuk, dia akan menang.
Dewa ada kongsi 12 Jenis Hook Power.
#1 Hook Manfaat
Manfaat adalah apa yang pelanggan dapat.
Manfaat ada 2 jenis:
- Manfaat emosi
- Manfaat ekonomi
Manfaat Emosi
Ini adalah manfaat yang menyebabkan audien terasa.
Sama ada secara positif atau negatif.
Apabila anda menggunakan hook jenis ini, anda akan menimbulkan dua kesan utama:
1. keinginan audien makin bertambah
2. kesakitan audien makin parah
Beberapa contoh manfaat emosi:
Cara cepat buat duit di shopee…
Teknik mudah cipta copywriting yang convert…
Aku terpaksa tinggalkan gaji tahunan aku dalam $120,000 di New York…
Ibu bapa mana tak gembira tengok anak dapat result spm bagus
Manfaat Ekonomi
Ini pula berkaitan keuntungan.
Hook begini banyak menggunakan perkataan-perkataan seperti promosi, diskaun, jimat, percuma, murah.
Beberapa contoh manfaat ekonomi:
Beli 1 Percuma 1…
Diskaun 50%…
Promosi Tahun Baru…
Jimat RM10…
LATIHAN:
Tuliskan 3 hook emosi dan 3 hook ekonomi untuk produk anda
#2 Hook Berita
Pernahkah anda terfikir, kenapa orang suka mendengar atau membaca berita?
Ataupun kenapakah anda suka skroll di media sosial?
Ya.
Anda dahagakan sesuatu yang baharu.
Sesuatu yang anda belum pernah tahu.
Hook berita ini boleh bersifat:
- Sensasi
- Terbaru
- Terkini
- Pengumuman
Hook ini sangat sesuai digunakan untuk event, pelancaran produk baru.
Beberapa contoh hook jenis berita:
Lelaki pertama yang…
Penemuan terbaru…
5 fakta menakjubkan tentang…
Pertama di Malaysia
TERBARU!
Kini dilancarkan…
LATIHAN:
Tuliskan 3 hook berita untuk produk anda
#3 Hook Selective
Ini antara hook yang sering anda jumpa.
Kelebihan hook ini adalah ianya bersifat terpilih.
Anda terus sebut siapa target audien anda.
Contoh hook jenis selective:
Kepada mak ayah yang ada anak umur 5 tahun ke bawah...
Wanita-wanita yang usia 50an...
Siapa lagi yang buat copywriting tapi masih tak menjadi...
Sekiranya anda menggunakan hook jenis ini, pastikan anda semak polisi FB/TikTok terlebih dahulu.
Kadang-kadang ada perkataan-perkataan yang mereka tidak benarkan.
LATIHAN:
Tuliskan 3 hook selective untuk produk anda
#4 Hook Curiosity
Secara definisinya curiosity bermaksud rasa ingin tahu.
Tapi dari sudut ini, anda bukan setakat ingin timbulkan rasa ingin tahu.
Anda ingin timbulkan rasa ingin klik.
Hook jenis ini banyak digunakan oleh media-media.
Cara untuk mencipta hook jenis ini adalah dengan memberikan maklumat separa lengkap.
Ataupun tergantung.
Beberapa contoh hook jenis ini...
Lelaki ini berkongsi tips jimat minyak sehingga RM1000 sebulan
(apa tipsnya? -anda rasa nak tahu)
Wanita berusia 92 tahun cerita rahsia dia hidup sihat dan bertenaga di usia tua dan tak pernah sakit
(apa rahsianya?)
Peniaga ini lakukan satu kesilapan yang mengakibatkan dia rugi RM1000000
(apa kesilapan itu?)
Teknik jana income usd tanpa perlu monitoring dan jual produk
LATIHAN:
Tuliskan 3 hook curiosity untuk produk anda
#5 Hook Gimik
Ini adalah hook yang melibatkan permainan kata dan perkataan.
Juga yang mengandungi efek terkejut.
Hook gimik>permainan kata jarang digunakan marketer Malaysia.
Tapi banyak digunakan oleh marketer Indonesia.
Hook gimik>efek terkejut banyak digunakan oleh kita.
Beberapa contoh hook jenis ini...
Update status, dapat fulus (permainan kaata-kata)
Siapa cepat, dia dapat (permainan kaata-kata)
Ah! Menyesalnya saya! (terkejut)
Betul-betul kecewa! (terkejut)
LATIHAN:
Tuliskan 3 hook gimik untuk produk anda
#6 Hook Ketakutan
Straight forward. Kuncinya ketakutan.
Kalau di awal tadi, ada hook yang fokus pada pain.
Yang ini kira subset kepada pain iaitu fear.
Hook ini biasanya digunakan oleh marketer dalam niche kesihatan, kewangan dan insurans.
Kunci kejayaan hook ini terletak kepada sejauh mana takutnya audien itu.
Beberapa contoh hook ini...
Hati-hati kolestrol tinggi
Bahaya kencing manis
Awas! Jangan biarkan
Rugi 100,000 sekelip mata
LATIHAN:
Tuliskan 3 hook ketakutan untuk produk anda
#7 Hook Soalan
Ini antara hook kegemaran saya.
Dalam hook ini anda menggunakan tanda soal.
Beza hook soalan vs hook curiosity adalah pada jawapan yang audien akan berikan.
Dalam hook curiosity, audien rasa nak tahu >> nak klik.
Dalam hook ini pula, audien hanya ada dua pilihan jawapan:
1. Ya
2. Tidak
Antara contoh hook ini...
Anda nak tahu cara buat duit dalam USD?
Sudahkah anda bersedekah hari ini?
Adakah anda melakukan kesilapan ini?
Adakah anda mangsa seterusnya?
LATIHAN:
Tuliskan 3 hook soalan untuk produk anda
#8 Hook Kata-Kata
Sekali lagi, ini antara hook yang saya sering gunakan.
Dan antara yang paling tinggi kadar kejayaannya.
Hook ini mengambil kata-kata.
Boleh jadi kata-kata itu daripada:
1. Orang ternama
2. Fakta
3. Sumber agama
4. Pengguna produk
Ciri-ciri hook ini adalah ianya menggunakan tanda "kata-kata"
Cuma hook ini sering disalah gunakan.
Marketer cipta testimoni sendiri dan buat seolah-olah itu adalah daripada pengguna. INI SALAH!
Beberapa contoh hook ini...
"Ini kali keempat akak repeat produk ini..." (jenis testimonial)
"Janganlah menolak sesuatu yang baru, karena segala kebaikan berada pada sesuatu yang baru" (jenis kata-kata)
"Kajian daripada universiti X mendapati pengambilan Y dapat meningkatkan prestasi otak sebanyak 30%" (jenis fakta)
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu..." (jenis sumber agama)
LATIHAN:
Tuliskan 3 hook kata-kata untuk produk anda
#9 Hook Perintah
Ini hook yang membawa ayat arahan.
Seolah-olah audien kena akur pada perintah anda.
Hook ini sangat berkesan terutamanya apabila digunakan oleh pempengaruh.
Cuma kadang-kadang hook ini boleh jadi offensive.
Jadi ada yang mencadangkan supaya diletakkan di akhir ayat, berdekatan dengan CTA.
Contoh hook perintah...
Daftar sekarang atau menyesal kemudian
Sila tulis nama anda sekarang
Cepat klik iklan ini
Beli atau rugi
LATIHAN:
Tuliskan 3 hook perintah untuk produk anda
#10 Hook Claim
Hook yang bold dan berani.
Hook ini sesuai digunakan terutamanya kalau anda masuk market baru.
Dalam hook ini, anda claim andalah yang terbaik.
Sama ada anda yang pertama, yang paling hebat, yang paling baru dan sebagainya.
Kunci pada hook ini adalah lihat apa yang orang belum claim,
kemudian anda claim.
Cabaran utama menggunakan hook ini adalah audien cepat jadi skeptik.
Mereka akan tanya, "ye ke..."
Beberapa contoh iklan hook ini...
Susu kambing original no 1 di Malaysia
Laptop termurah dalam dunia
Produk terlaris di pasaran
Satu-satunya madu asli di pasaran
LATIHAN:
Tuliskan 3 hook claim untuk produk anda
#11 Hook Saya dan Awak
Variasinya aku dan kau, aku dan hang dan macam-macam lagi.
Tak kisah apa ganti diri.
Intinya merujuk kepada perbualan antara anda dan orang dihadapan.
Hook jenis ini lebih dekat.
Terutama kalau anda memang ada personal branding.
Beberapa contoh hook ini...
Saya nak tunjukkan anda cara masak nasi arab versi campak-campak
Siapa sini nak aku ajar dia cara buat duit guna canva
Saya sedang cari bisnes partner yang baru. Anda minat
LATIHAN:
Tuliskan 3 hook saya dan awak untuk produk anda
#12 Hook Lawan Arah (Counterintuitive)
Hook ini menarik apabila digunakan dengan betul.
Sebab hook secara automatik ada unsur curiosity.
Hook ini melawan norma atau cara pandang biasa.
Beberapa contoh hook ini...
Saya dah kata anda memang tak mampu
Rupanya cara anda pam minyak selama ini salah
Siapa kata duit tak boleh beli kegembiraan
LATIHAN:
Tuliskan 3 hook lawan arah untuk produk anda
Nak Guna Yang Mana?
Saya cadangkan anda sentiasa uji cuba.
Kalau hari ini guna hook no 1,
cuba no 2 dan no 3 pula.
Lama-kelamaan anda akan nampak pola yang menjadi untuk niche anda.
Dan anda juga bebas menggabungkan mana-mana hook yang anda mahu.
Saya akan masukkan contoh-contoh iklan yang saya jumpa dari masa ke masa supaya anda boleh tengok aplikasi.
Kalau anda perlukan bantuan untuk dapatkan feedback copywriting,
boleh schedule sesi 1:1 dengan saya di sini.