Macam mana nak jual jet peribadi guna copywriting?
Lama saya cari rahsia menulis ayat iklan power.
Sudah bermacam-macam buku, course saya belajar.
Akhirnya baru saya perasan.
Cara mereka semua sama saja.
Mereka guna teknik yang sama.
Dan teknik inilah yang saya nak kongsi dengan anda.
Apabila anda faham teknik ini, anda akan kata, “Aaa betullah…”
Teknik ini macam fundamental kepada semua.
Sudah sedia?
Teknik ini adalah A.I.D.A.
“Saya pernah belajar dulu teknik ni”
Betul. Itu adalah A.I.D.A yang sama.
Bagi anda yang baru tahu, A.I.D.A maksudnya:
A = Attention
I = Interest
D = Desire
A = Action
Apabila anda tulis ayat iklan perkara pertama yang anda nak buat adalah tarik perhatian mereka.
Bahasa canggih, orang sebut - scroll stopping atau attention grabbing.
Anda bayangkan sebuah gelongsor.
Main gelongsor ini seronok.
Bukan setakat budak-budak, orang tua pun naik syok.
Terkenang kenangan lama gitu.
Bahagian yang paling tak best gelongsor ini adalah masa nak naik tangga.
Itu paling susah dan paling makan tenaga.
Selepas itu shrrrummm turun.
Sama seperti A>I>D>A.
Bahagian yang paling susah adalah...
Attention
Nak dapatkan perhatian.
Perhatian untuk apa?
Perhatian untuk baca ayat seterusnya!
Macam mana nak dapatkan perhatian?
Anda mesti bercakap tentang MEREKA.
Sama ada tentang:
1. Siapa mereka
2. Apa masalah mereka
3. Apa manfaat untuk mereka
Apabila anda bercakap tentang mereka,
mereka baca.
...walaupun hook itu biasa-biasa saja
...walaupun hook itu tak guna bahasa bombastik
Cuba anda kira berapa kali saya sebut mereka dalam ayat di atas?
Kunci Interest = MEREKA
Kita bercakap tentang apa yang mereka perlukan bukan apa yang anda nak sembang.
Selepas dapat tarik perhatian,
anda kena bagi mereka rasa tertarik nak baca ayat seterusnya.
Ini bahagian...
Interest
Interest ini sesuatu yang menimbulkan rasa ingin tahu.
Ada dua komponen utama yang anda boleh masukkan:
1. interesting points
2. interesting facts
Kalau tadi saya gunakan kata kunci mereka,
sekarang kata kuncinya interesting.
Di bahagian ini anda nak mereka beri respon...
...oo baru tau
...hmm menarik
...oh begitu
...betullah
Apabila reaksinya begitu, automatik mereka akan baca bahagian seterusnya...
Desire
Desire ikut kamus..
a strong feeling of wanting to have something or wishing for something to happen.
"he resisted public desires for choice in education"
Maksudnya mereka betul-betul nak.
Bukan acah-acah nak.
Desire boleh dicungkil menerusi:
1. Bukti (social proof)
2. Tawaran tak tertahan (irresistible offer)
Anda boleh sampaikan desire dalam bentuk bullet points.
Ataupun anda tukar dengan interest.
Maksudnya...
Sampaikan interest menggunakan bullet point,
kemudian bahagian desire tulisan macam biasa.
Kalau mereka sudah sampai ke sini,
maksudnya anda sudah berjaya masuk ke dalam fikiran mereka.
Tahniah!
Akhir sekali ajar mereka untuk lakukan
Action
Anda boleh sebutkan terus apa tindakan yang mereka perlu lakukan.
Atau tunjuk sebab kenapa mereka perlu bertindak.
Ini kita main:
1. Scarcity
2. Exclusivity
Selesai proses menurunkan jurus A>I>D>A kepada anda.
Sekarang kita nak lihat A>I>D>A in action.
3,2,1…Action
Sekarang anda dah faham dan nampak jelas.
Masa untuk praktis.
Guna template ini.
Saya bagi satu tips lagi.
Apabila anda mula tulis, tulis sampai habis.
Jangan fikir nak edit lagi.