Apa yang anda buat kalau iklan tak menjadi?
Buat iklan baru.
Kalau tak menjadi lagi?
Buat lagi. Sampai menjadi.
Kemudian kalau iklan yang menjadi itu sudah tidak menjadi?
Buat lagi.
Pusingan itu berterusan. Dan memang begitu pun.
Cuma...
Ada cara untuk speed-up the process...
Bahasa gempak sikit - hack your method!
Sebenarnya bukan taktik baru.
Cuma ramai media buyer tak buat.
Method ini namanya D-method.
D= documentation method
Saya dapat D-method ini selepas melalui pengalaman pedih.
Bila mentor tanya macam mana proses buat iklan?
Saya jawab macam di atas tadi.
Sekali dia bagi pukulan padu, "So how do you know what's working and what's not?"
Saya jawab, "I remember"
"How strong is your memory? Can you still remember your ads from 2 month ago?"
Krik...krik
Jadi dalam siri-siri ini saya akan rekodkan eksperimen-eksperimen yang saya buat.
Tujuannya untuk dapatkan insight.
Supaya proses buat iklan di masa akan datang lebih cepat.
3,2,1...action:
- Eksperimen ini melibatkan saiz sample (bajet) besar dan kecil.
- Hasil eksperimen ini mungkin berbeza apabila anda buat.
- Tujuan rekod adalah untuk anda dapat insight. Sebab itu nama Ads Insight.
- Kemudian anda ubah suai ikut kesesuaian industri dan niche.
- Boleh skip eksperimen mana yang anda nak belajar. Tak perlu baca ikut turutan.