Marjerin vs butter.
Packaging nampak sama...
Kalau anda buka bungkusan, anda anda akan dapati isi dalamnya pun nampak sama.
Tapi marjerin dan butter adalah 2 benda yang berbeza.
Rasa pun berbeza.
Cuma saya bukan nak cerita pasal perbezaan.
Saya nak beritahu, sebenarnya marjerin ini asalnya warna putih!
Putih = marjerin
Kuning = butter
Di awal jualannya, marjerin tidak dapat sambutan walaupun harganya murah.
Kebanyakkan pengguna rasa marjerin adalah "fake" dan bukan "real thing".
Maka mereka lagi suka butter walaupun sedikit mahal.
The Cheskin Experiment
Ada seorang pakar psikologi, Louis Cheskin telah diupah oleh syarikat pengeluar marjerin untuk mengatasi masalah ini.
Dia lakukan eksperimen.
Dalam eksperimen itu, dia tukar warna butter kepada putih dan warna marjerin kepada kuning.
Dia dapati, pengguna memilih warna kuning walaupun itu adalah marjerin.
Bahkan pengguna tak perasan pun rasa marjerin.
Bagi mereka kuning = butter.
Cheskin menamakan fenomena ini sebagai sensation transference.
Hasilnya Cheskin telah mencadangkan supaya warna marjerin ditukar kepada warna kuning.
Dan tindakan ini diikuti oleh syarikat marjerin lain.
Sehingga jualan marjerin akhirnya berjaya mengatasi jualan butter.