Ada satu produk yang kami run.

Jualan produk ini sudah cecah:

Total = 6001

Jualan 70% datang secara organik.
Iaitu menerusi TikTok Live.

Baki 30% datang dari iklan.

Tiba-tiba semalam, tim beritahu "produk kena frozen".

Saya pun...

Saya cuba appeal.
Tak berjaya.

Appeal sekali lagi.
Tak berjaya juga.

Saya buat keputusan, kena move on.

Buat produk baru.

2 jam kemudian, jualan masuk kembali. Alhamdulillah.

Tapi sedih juga historical record dan review produk asal tadi sudah hilang.

Cuma nak buat macam mana.
Ini bukan platform kita.
Platform orang.

Kesilapan yang berlaku:

  1. Product description mengandungi unsur 'overclaim' - walaupun hakikatnya sudah 6001 terjual tanpa sebarang masalah
  2. Ada satu variant terlepas pandang- pada gambar ada link website

Saya catatkan di sini sebagai peringatan dan pelajaran untuk semua.