1. Salah satu saluran tinggi ROI adalah email marketing.
  2. Apabila digunakan dengan betul, saluran ini boleh menjadi cash cow yang konsisten.
  3. Dalam siri email ini saya akan kongsikan tentang email marketing.
  4. Sistem yang saya gunakan adalah FunnelKit.
  5. Setakat ini, sistem ini paling jimat berbanding yang lain.
  6. Sebelum ini saya menggunakan InfusionSoft dan Klaviyo. Tapi kos untuk kedua-dua SaaS ini sangat tinggi. Terutamanya apabila saiz audience anda makin membesar.
  7. Dalam email marketing, anda perlu faham beberapa istilah:
    1. List
    2. Segmentation
    3. Broadcast
    4. Automation
    5. Tagging

List

Ini adalah senarai audience. Makin besar saiz list anda, makin tinggi untuk anda buat jualan dengan syarat mereka yang di dalam list itu BENARKAN anda untuk hantar email kepada mereka.

Seth Godin sebut sebagai permission marketing.

Untuk tambah list, anda boleh:
a. Berikan sesuatu kepada audience contohnya ebook/trial pack
b. Masukkan audience dalam selepas mereka membeli produk

Segmentation

Katakanlah saya ada list email bersaiz 3000 orang. Dalam list ini belum tentu semua sudah bersedia untuk membeli. Maka saya perlu kenal pasti mereka berada di tahap mana.

Proses ini boleh dilakukan menerusi segmentation atau tagging.

Sebagai contoh, dalam list A, majoriti prospek belum membeli. Mereka masuk kerana inginkan barang percuma.

List B pula sudah membeli. Cuma mereka beli produk apa?

Saya boleh gunakan fungsi tagging untuk mengasingkan senarai pembeli dalam list B mengikut apa produk yang mereka beli.

Apabila saya lakukan begini, saya boleh hantar mesej yang betul kepada orang yang betul.

Broadcast

Broadcast adalah seperti blast. Proses ini berlaku sekali sahaja dan biasanya manual.

Contoh, hari ini saya ada product launch jam 10 pagi. Maka saya nak hantar email kepada semua list. Proses ini dipanggil broadcast.

Automation

Berbeza dengan broadcast, automation adalah beberapa siri email yang telah disiapkan dan akan berjalan secara sendiri apabila audience menepati kriteria tertentu.

Sebagai contoh, apabila saya tetapkan "Sekiranya pelanggan beli produk A, maka dia akan terima 3 email selepas ini".

Maka apabila pelanggan beli produk tersebut, dia akan terima kesemua email itu.

Dan proses ini berjalan sepanjang masa selagi mana automation ini aktif.

  1. Jangan bimbang kalau anda masih kurang jelas. Di siri-siri yang akan datang saya akan tunjukkan contoh yang lebih jelas.
  2. Anda akan lebih faham apabila anda turut laksanakan bersama dengan saya.