Bahagian ini saya nak setup satu diari SEO.
Saya nak buat satu eksperimen.

Saya nak buat satu website baru dari zero.
Kemudian main SEO.
Targetnya nak jadikan website ini hasilkan RM1000 sebulan.
100% menerusi SEO.

Hari ini proses pertama.
Saya buat kajian potential keywords untuk pilih niche.

Selepas beberapa jam menghadap keyword research akhirnya saya jumpa satu niche yang berpotensi.

Kemudian saya beli domain dan setup website.

Hari ini saya nak uruskan bahagian-bahagian teknikal website:
1. Theme
2. Hubungkan dengan Google Search Console
3. Masukkan plugin yang berkaitan

Jumlah masa yang sudah diperuntukkan hari ini = 3 jam.