Ini adalah tool yang berguna untuk mencipta pelan pemasaran.
S = Situation
O = Objective
S = Strategy
T = Tactic
A = Action
C = Control
SOSTAC diperkenalkan oleh Dr Dave Chafrey.
Saya sentiasa akan mulakan dengan SOSTAC sebelum kita go deep dalam sesuatu pelan.
Cara nak guna senang sahaja.
- Pertama buatkan 6 column dilabel SOSTAC.
- Mulakan dengan analisa situasi. Kenal pasti apa masalah.
- Kemudian tetapkan objektif yang anda ingin laksanakan. Guna prinsip SMART dalam menetapkan objektif. Dalam contoh ini, saya tetapkan 1 sahaja objektif.
- Selepas itu tentukan strategi dan taktik yang ingin digunakan bagi mencapai objektif tadi.
- Akhir sekali isikan bahagian action dan control. Action merujuk siapa dan apa yang perlu dilakukan. Manakala control pula merujuk kepada KRI yang ingin diukur
Apa yang saya tunjukkan di atas ini adalah contoh sahaja.
Semakin terperinci bahagian Action anda, semakin tinggi kejayaan kempen ini DAN semakin "replicable".
Kaedah SOSTAC ini juga bleh digunakan untuk membuat presentation kepada klien.